(+60)13-3493237 akademisuper@gmail.com

Kelas Tuisyen Akademi Super Bersemuka Bermula 5 April 2021

Kelas Tuisyen Akademi Super Bersemuka Bermula 5 April 2021

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin bahawa kelas tuisyen sudah boleh bersemuka atau secara fizikal bermula 8 Mac yang lepas, namun setelah pihak Akademi Super berbincang bersama pelajar, ibu bapa dan guru. Pihak Akademi Super akan memulakan kelas secara bersemuka bermula 5 April 2021. Dengan kes Selangor yang semakin menurun dari angka 2000, pihak Akademi Super percaya semua pihak ibu bapa, guru dan pelajar akan bekerjasama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN bagi membendung wabak penyakit Covid-19.

Bagi pelajar yang duduk jauh dari Seksyen U12, Shah Alam yang sedang belajar melalui online. Kelas tuisyen tetap diteruskan juga secara online dengan masa dan waktu yang sama. Ini bermaksud menurut Pengetua Akademi Super, Cikgu Afiq, kelas tuisyen bersemuka ini akan dijalankan secara Hybrid Learning iaitu secara bersemuka dan online serentak.

Kelas tuisyen secara bersemuka dan online adalah khusus kepada Darjah 5, Darjah 6 dan Tingkatan 3 sahaja. Manakala Tingkatan 4 dan 5 akan berjalan secara online sepenuhnya.

Pendaftaran 2021 masih lagi dibuka untuk kelas tuisyen. Kepada ibu bapa yang sedang mencari kelas tuisyen UPSR, PT3 dan SPM secara online atau bersemuka boleh lah hubungi Cikgu Afiq di talian 013-3493237 atau layari www.akademisuper.com

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Dapatkan Artikel Terkini Melalui Email Anda

LIKE FOLLOW SUBSCRIBE AKADEMI SUPER