(+60)13-3493237 akademisuper@gmail.com

Cara Tahu Bila Jadual Waktu Belajar yang Berkesan Melalui Pembahagian Masa

Cara Tahu Bila Jadual Waktu Belajar yang Berkesan Melalui Pembahagian Masa

Setiap pelajar harus membentuk jadual belajar sendiri yang bersesuaian dengan perangai dan tabiat masing-masing. Banyak kebaikan boleh didapati dengan mengadakan jadual belajar. Antara kebaikannya termasuk :

  • Memberikan satu rangka kerja yang boleh didapati
  • Mengelakkan daripada tertinggal atau terlupa atau terlambat melakukan sesuatu tugasan
  • Melatih diri supaya lebih berdisiplin, teratur dan sistematik
  • Meringankan beban daripada terpaksa mengingatkan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan

Disini ialah contoh pembahagian masa dan boleh disesuaikan dengan keupayaan seseorang dalam pembelajarannya.

Aktiviti Pembelajaran yang Dicadangkan : –

  1. AKTIVITI MENGHAFAL (6.00 – 7.00 pagi)
    Masa yang dicadangkan ialah pada waktu pagi kerana waktu yang sunyi dan hening amat sesuai untuk menghafal. Anda dalam keadaan yang cukup segar dan fikiran anda belum menerima apa-apa lagi. Jadi, eloklah menghafal tajuk-tajuk yang sukar pada waktu ini.
  2. AKTIVIT LATIHAN (3.00 – 4.00 petang)
    Latihan yang dimaksudkan di sini ialah latihan-latihan menjawab soalan objektif atau subjektif, latihan mengisi tempat kosong, membuat peta, membuat kerja rumah dan seumpamanya. Menghafal dan membaca serius tidak sesuai kerana pada waktu ini keadaannya hangat dan suasana mungkin tidak tenteram dan bising.
  3. AKTIVITI ULANGKAJI (5.00 – 6.00 petang)
    Masa untuk mengulangkaji, baca nota-nota ringkas, membuat nota-nota ringkas, dan sekiranya aktiviti latihan tidak dapat diselesaikan pada pukul 3.00 – 4.00 petan, bolehlah disambung pada waktu ini.
  4. AKTIVITI BACAAN SERIUS (8.30 – 10.30 malam)
    Aktiviti ini diletakkan pada waktu malam kerana bacaan melibatkan konsentrasi perasaan dan fikiran. Pada waktu ini dirasakan sudah tidak ada gangguan lagi, misalnya adik kecil anda sudah tidur. Aktiviti bacaan serius ialah membaca buku-buku rujukan, menganalisis topik-topik yang dibaca dan menelaah nota-nota yang diberi oleh guru.

Berdasarkan pembahagian masa diatas, dapatlah kita simpulkan bahawa waktu terbaik untuk belajar yang paling berkesan adalah waktu pagi (untuk menghafal) dan waktu petang (ulangkaji) dan waktu malam (Belajar serius)

Sumber : Teknik Skor A Peperiksaan

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Dapatkan Artikel Terkini Melalui Email Anda

LIKE FOLLOW SUBSCRIBE AKADEMI SUPER