Site icon Akademi Super Press

Cara Nak Atasi Susah Belajar Mengikut Islam

Terdapat beberapa matapelajaran yang tidak diminati oleh pelajar-pelajar kerana pelajaran itu dianggap susah. Mereka menyelesaikan perkara ini begitu mudah sekali iaitu dengan give-up dan tidak mengambil berat lagi subjek yang dianggap susah itu. Sikap ini amat merugikan diri.

Anda jangan termasuk dalam golongan pelajar yang bersikap begini. Masih ada jalan untuk mengatasi kesusahan itu.

Antara cara nak atasi rasa susah belajar adalah :-

Semoga Tuhan membuka pintu hati anda agar lebih mudah memahami segala apa yang dibaca. Janji Tuhan kepada orang yang berdoa seperti tercaat di dalam Surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya Kuperkenankan permintaanmu”.

Cara lain untuk berdoa ialah amalan membaca Surah Yasin. Sekurang-kurangnya baca sekali seminggu pada tiap-tiap malam Jumaat. Peruntukan selama satu jam untuk membaca Surah Yasin dengna penuh khusyuk. Sebaik-baiknya bacalah bersama-sama secara berjemaah. Berdoa denga khusyuk bermakna anda menyerahkan diri kepada Tuhan. Hal ini akan meringankan tekanan emosi akibat beban kerja yang banyak serta merehatkan otak dan boleh ‘melupakan’ sebentar masalah-masalah pelajaran yang dihadapi. Fikiran anda akan lebih tenang dan tenteram.

Share
Exit mobile version