(+60)13-3493237 akademisuper@gmail.com

Cara Nak Atasi Susah Belajar Mengikut Islam

Cara Nak Atasi Susah Belajar Mengikut Islam

Terdapat beberapa matapelajaran yang tidak diminati oleh pelajar-pelajar kerana pelajaran itu dianggap susah. Mereka menyelesaikan perkara ini begitu mudah sekali iaitu dengan give-up dan tidak mengambil berat lagi subjek yang dianggap susah itu. Sikap ini amat merugikan diri.

Anda jangan termasuk dalam golongan pelajar yang bersikap begini. Masih ada jalan untuk mengatasi kesusahan itu.

Antara cara nak atasi rasa susah belajar adalah :-

  • Pilih tajuk-tajuk yang penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan nanti. Buat latihan tiap-tiap hari dan mengulang kaji tajuk-tajuk yang terpilih sahaja
  • Jangan baca terlampau banyak buku kerana hal ini akan menambahkan lagi kekeliruan anda sahaja. Memadai membaca catatan-catatan yang diberikan oleh guru dan sebuah buku ulangkaji.
  • Minta bantuan penerangan daripada kawan-kawan yang pandai dalam matapelajaran yang anda anggap susah itu.
  • Mesti aktif memburu guru
  • Setiap kali selepas sembahyang hendaklah berdoa denga penuh hasrat ” Ya Allah! Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang, terangkanlah hatiku, curahkan kebijaksanaan dan petunjuk-Mu sebagai mana Engkai kurniakan kepada orang-orang yang telah Engkau kurniakan”

Semoga Tuhan membuka pintu hati anda agar lebih mudah memahami segala apa yang dibaca. Janji Tuhan kepada orang yang berdoa seperti tercaat di dalam Surah Al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya Kuperkenankan permintaanmu”.

Cara lain untuk berdoa ialah amalan membaca Surah Yasin. Sekurang-kurangnya baca sekali seminggu pada tiap-tiap malam Jumaat. Peruntukan selama satu jam untuk membaca Surah Yasin dengna penuh khusyuk. Sebaik-baiknya bacalah bersama-sama secara berjemaah. Berdoa denga khusyuk bermakna anda menyerahkan diri kepada Tuhan. Hal ini akan meringankan tekanan emosi akibat beban kerja yang banyak serta merehatkan otak dan boleh ‘melupakan’ sebentar masalah-masalah pelajaran yang dihadapi. Fikiran anda akan lebih tenang dan tenteram.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Dapatkan Artikel Terkini Melalui Email Anda

LIKE FOLLOW SUBSCRIBE AKADEMI SUPER