(+60)13-3493237 akademisuper@gmail.com

Cara Hilangkan Mengantuk Semasa Belajar

Cara Hilangkan Mengantuk Semasa Belajar

Mengantuk merupakan penyakit yang sering pelajar akan hadapi terutamanya ketika waktu belajar. Antara sebab-sebab yang menyebabkan mengantuk adalah sebab penat, kurang minat terhadap subjek, waktu tidak sesuai, tidak cukup tidur pada waktu malam, makan terlampau kenyang dan suasana yang tidak menarik.

Dan antara saat paling tak best adalah bila masa anda nak belajar je time tu juga anda rasa mengantuk, bila tak belajar, tak ada mengantuk pula. haa.

Jadi disini dikongsikan TIPS CARA HILANGKAN MENGANTUK SEMASA BELAJAR. Tips ini juga berdasarkan pengalaman penulis sendiri dan pelajar cara nak hilangkan mengantuk. Semoga anda lebih bersemangat, cergas dan ceria semasa sesi belajar ulangkaji nanti.

1. REHAT

Pastikan sebelum anda nak mula belajar, anda rehat secukupnya. Rehat secukupnya bermakna pastikan anda mendapat tidur yang cukup atau rehat sebentar (Nap) sekiranya anda betul-betul tengah mengantuk. Ini bagi memberikan ruang untuk otak anda berehat.

Selain itu, selepas makan juga pastikan anda rehat dahulu. Jangan terus belajar selepas makan, ini kebiasaan selepas makan, perut kenyang akan mudah rasa mengantuk. Jadikan pastikan rehat sebentar dalam 1 jam selepas makan, barulah sambung belajar.

2. BERMAIN

Ini bukanlah bermaksud anda bermain sehingga tiada limit masa, tetapi ianya bermaksud contoh anda selesai kelas di sekolah atau mengulangkaji, tiba waktu petang jam 6 petang, anda bolehlah keluar bermain atau bersenam bagi mengeluarkan peluh serta melegakan ketegangan setelah sekian lama terperap dalam bilik belajar. Pergerakan badan juga amat penting bagi memberikan otak anda sentiasa cergas dan tidak mengantuk. Ingat, waktu bermain jangan terlalu lama, cukup sekadar tidak lebih 1 jam bermain. Jika terlalu lama, pasti anda terlalu letih untuk belajar pada malamnya.

3. TEMPAT

Tempat juga memainkan peranan penting untuk elakkan mengantuk semasa belajar. Elakkan belajar dengan secara baring di atas katil, walaupun katil adalah tempat selesa dengan tilam dan bantal yang empuk, ia lama-kelamaan anda akan tertidur juga semasa belajar. Secara psikologinya juga, tilam dan batal juga ‘menarik’ kita untuk rehat dan tidur terus berbanding dengan belajar. Oleh itu, pastikan anda belajar dengan cara fokus dan duduk di atas kerusi dan di meja.

Pastikan juga persekitaran seperti udara yang segar, pemandangan yang menarik mampu menjadikan anda lebih semangat untuk belajar. Oleh itu, kebanyakkan tempat sesuai adalah seperti di perpustakaan atau mana-mana tempat yang anda selesa dan boleh belajar.

Pilih tempat yang betul semasa belajar agar anda tidak mudah rasa mengantuk atau malas.

4. TIDUR

Pelajar tidak digalakkan tidur lewat kerana boleh menjejaskan prestasi anda pada esok harinya. Pastikan anda tidur awal dan JANGAN PAKSA anda tidur lewat kerana nak bermain game dan sebagainya. Tidur secukupnya supaya anda segar pada esok harinya.

Ketika anda sedang belajar dan anda sedang rasa mengantuk, seeloknya anda tidur lah sekejap. Ini kerana tiada guna anda paksa diri anda tahan mata sedangkan apa yag anda belajar tidak masuk otak langsung. Lebih baik anda tidur sekejap sampai otak anda sudah rehat dan sambung semula belajar.

5. KUMPULAN BELAJAR

Bagi mengelakkan rasa mengantuk, elakkan belajar seorang dan belajar bersama rakan-rakan anda. Ini juga menyebabkan secara automatiknya anda akan terus segar belajar dan tidak rasa kebosanan dan mengantuk. PASTIKAN niat bersama rakan-rakan anda untuk belajar dan bukannya untuk bersembang.

Dengan adanya kumpulan belajar juga anda boleh tanya pada rakan sekiranya anda tidak faham. Ini menjadikan belajar dengan secara berkumulan lebih berkesan berbanding belajar seorang. Elakkan kumpulan yang terlalu ramai, memadai hanya 3 atau 4 orang sahaja.

Inilah tips-tips cara untuk hilangkan anda mengantuk semasa belajar. Semoga tips ini memberikan manfaat kepada anda dan anda terus cergas dan tidak mengantuk semasa belajar.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Dapatkan Artikel Terkini Melalui Email Anda

LIKE FOLLOW SUBSCRIBE AKADEMI SUPER