Site icon Akademi Super Press

27 Cara Menjadi Pelajar Cemerlang

  1. Amalkan belajar sejak dari awal dan jalin hubungan yang baik dengan guru. Misalnya, jika kita lemah matematik, kita boleh bertemu dengan guru dan berbincang mengenai masalah tersebut
  2. Restu daripada guru penting kerana jika hubungan pelajar dengan guru ada masalah sudah tentu pelajar sukar mencapai kejayaan terbaik
  3. Belajar perlu ikhlas
  4. Kerja jangan bertangguh
  5. Letakkan target yang paling tinggi. Jika kita ada target yang tinggi, misalnya mendapat 9A+, keputusan kita tidak akan pergi jauh. Jika kita letakkan target hendak dapat 3A+ atau 5A+ ataupun tidak ada langsung, kedudukan kita akan lebih terumbang-ambing.
  6. Pelajar yang tension biasanya kurang mendapat perhatian daripada keluarga. Namun, jangan terlalu difikirkan masalah yang melanda. Sebaliknya tumpukanlah kepada pelajaran kerana itu lebih penting. Di samping itu, tumpukan juga hubungan dengan Allah swt dan setelah segala usaha dilakukan, bertawakkalah.
  7. Sembahyang jangan dilalaikan demi mendapat keredaan Allah dan ketenteraman rohani.
  8. Selalu buat solat hajat
  9. Calon SPM dinasihatkan agar tidak terlalu tertekan dengan peperiksaan. Mereka masih boleh enjoy, misalnya melakukan latihan fizikal seperti bermain untuk menyegarkan badan dan otak.
  10. Belajar secara berterusan supaya tidak kelam kabut di saat-saat akhir peperiksaan menjelang tiba.
  11. Untuk mengamalkan kaedah ini, pelajar perlu mempunyai satu jadual atau rutin yang memastikan bahawa setiap subjek dapat dikuasai dengan baik.
  12. Amalkan menjawab soalan selepas selesai mempelajari sesuatu topik dan lakukan secara berterusan. Pendek kata, jangan meringankan tanggungjawab terhadap pelajaran setiap hari sehinggalah ke hari peperiksaan.
  13. Dengan cara ini, pelajar tidak perlu berjaga hingga larut malam ketika peperiksaan hampir tiba. Sebaliknya, cukup sekadar menyelak nota kecil atau menjawab soalan-soalan tahun lepas sahaja.
  14. “Study sentimental, result heavy metal”
  15. Belajar secara berterusan, jangan apabila hampir hari peperiksaan baru hendak belajar dan jangan malu bertanya apa-apa yang tidak difahami kepada guru-guru atau rakan-rakan.
  16. Tumpukan perhatian 100% di dalam kelas.
  17. Subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik perlu dilihat setiap hari kerana ia agak rumit dan memerlukan latih tubi yang berterusan.
  18. Pelajar perlu mengaitkan perkara yang dipelajari dengan keadaan persekitaran. Sesetengah pelajar tidak pernah mencuba untuk mengaitkan pelajaran mereka dengan alam sekitar. Sebab itu mereka berasa asing dengan pelajaran itu. Kalau pelajar dapat mengaitkan pelajar dengan persekitaran,, tentu pelajar akan seronok belajar.
  19. Belajar berkumpulan dan berlatih menjawab soalan tahun-tahun lepas adalah antara faktor kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
  20. Para pelajar dinasihatkan agar tidak melampau banyak bermain tetapi senaman sama ada waktu petang atau pagi penting untuk melegakan fikiran dan membantu pengaliran oksigen dalam darah.
  21. Jangan amalkan tidur lewat
  22. Jika ada pelajar selalu hadapi masalah panik atau black out ketika dalam dewan peperiksaan, tenteramkan diri dengan membaca doa atau ayat-ayat suci yang terlintas sebagai meredakan otak. Selalunya ketegangan akan hlang beberapa ketika kemudian dan barulah pelajar boleh menjawab soalan demi soalan dengan tenang.
  23. Setiap pelajar perlu menyediakan jadual harian supaya mereka boleh belajar dengan lebih sistematik dan yakin. Peranan guru juga perlu digunakan sepenuhnya kerana daripada merekalah para pelajar boleh mendapatkan segala teknik dan pengetahuan yang diperlukan.
  24. Bagi pelajar yang lebih tahu pula, jangan kedekut ilmu. Bantulah rakan anda menjawab soalan semasa belajar barulah rakan anda lebih faham.
  25. Istilah pelajar tidak boleh sebenarnya TIDAK WUJUD, kerana kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kehendak dan usaha sendiri.
  26. Pelajar dinasihatkan supaya tidak meramal soalan. Jika ingin meramal,ramallah topik popular dalam peperiksaan. Soalan-soalan tahun lepas juga sangat baik untuk dijadikan panduan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.
  27. Belajar melalui nota ringkas samada yang terdapat dalam pasaran atau disediakan sendiri.
Share
Exit mobile version